Nadi X Wellbeing Care –Tekanan Dalam Lensa Psikologi Kenali Stres & Bina Daya Tahan Diri W161
8 Julai 2026 | Aktiviti TerkiniPada 07/07/2026 bersamaan dengan hari Selasa,
Sinopsis Program:
Stres adalah sebahagian daripada kehidupan, tetapi apabila tidak diurus dengan baik, ia boleh menjejaskan kesihatan fizikal, emosi dan hubungan sosial. Dalam sesi ini, peserta akan memahami maksud stres dari sudut psikologi, mengenal pasti tanda-tanda awal tekanan, serta mempelajari cara membina daya tahan diri (resilience) agar lebih bersedia menghadapi cabaran harian. Kajian menunjukkan bahawa daya tahan yang baik berkait rapat dengan kesejahteraan psikologi yang lebih tinggi.
Objektif Pembelajaran:
• Memahami maksud stres dan bagaimana ia berlaku.
• Mengenal pasti simptom stres dari aspek fizikal, emosi, pemikiran dan tingkah laku.
• Mengetahui perbezaan antara stres yang membantu (eustress) dan stres yang memudaratkan (distress).
• Mengamalkan teknik pengurusan stres yang sihat.
Jika stres berlarutan sehingga mengganggu kerja, pembelajaran, hubungan atau menyebabkan rasa putus asa, dapatkan bantuan daripada kaunselor, ahli psikologi atau profesional kesihatan mental.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: